29 Disember 2009

Al-Hadith : Hanya Ketika Sujud

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sedekat-dekat seorang hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyakkan doa."

(Riwayat Muslim)

14 Disember 2009

Al-Hadith : Mencegah Kemungkaran

Daripada Abu Said r.a. katanya, "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda :

Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman"

(Riwayat Muslim)

Al-Hadith : Dua Belas Rakaat Ke Syurga

Daripada Aisyah r.a., bahawasanya Rasulullah bersabda,

"Sesiapa yang sanggup menunaikan dua belas rakaat dalam sehari semalam akan masuk syurga,; empat rakaat sebelum Zuhur, dua rakaat selepasnya, dua rakaat selepas Magrib, dua rakaat selepas Isyak dan dua rakaat sebelum subuh."

(Riwayat An Nasai, Sahih)

13 Disember 2009

Al-Hadith : Wuduk Yang Sempurna

Daripada Uthman Bin Affan r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata,

"Sesiapa yang berwuduk dan mengelokkan wuduknya, keluarlah dosa-dosanya daripada anggotanya, sehingga keluar (dosa-dosa itu) dari bawah jari-jarinya. "

(Riwayat Muslim)

Al-Hadith : Kelebihan Menjawab Azan

Daripada Abdullah ibnu Umar r.a, bahawa seorang lelaki berkata kepada Rasululla:

"Sessunguhnya seorang muazim (tukang azan) memdapat fadhilat lebih daripada kami." Rasulullah bersabda, "Sebutlah seperti yang disebutkan oleh tukang azan. Setelah selesai, mintalah daripada Allah, pasti kamu akan diberi."

(Riwayat Abu Daud, sahih)

Al-Hadith : Menghadirkan Diri Ke Majlis Ilmu

Daripada Abu Umamah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Sesiapa yang pergi ke masjid hanya untuk mempelajari kebaikan atau mengajarnya, dia mendapat pahala ibarat orang yang membuat haji dengan sempurna."


(Riwayat Tabarani, hassan)

03 Disember 2009

Selawat

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya


"Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah engkau semua membuat kuburku itu sebagai hari raya (yakni untuk tempat berkumpul-kumpul guna bersenang-senang) . Bacalah salawat padaku karena sesungguhnya bacaan salawatmu semua itu dapat sampai padaku, di mana saja engkau semua berada."


(Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.)

Sekali Selawat, Sepuluh Kali Rahmat

Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w, bersabda:

"Barangsiapa yang membaca salawat kepadaku sekali salawat, maka Allah akan memberikan kerahmatan padanya sepuluh kali dengan sebab sekali salawat tadi."

(Riwayat Muslim)

Al-Hadith : Jangan Lupa Ini Ketika Makan dan Minum

Daripada Anas r.a., katanya:

"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah ridha kepada seseorang hamba yang makan sekali makanan lalu ia memuji kepada Allah atas makanan itu serta ia minum sekali minuman lalu memuji kepada Allah atas minuman itu."

(Riwayat Muslim)

30 November 2009

[SN] Al-Hadith : Hilangnya Ilmu

Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya Allah itu tidak mencabut ilmu pengetahuan dengan sekaligus, tetapi Allah mencabut ruhnya para ulama, sehingga apabila tiada lagi seorang alim pun, maka orang ramai akan mengangkat para pemimpin yang bodoh. Mereka apabila ditanya, memberikan keterangan fatwa dengan tanpa menggunakan dasar ilmu pengetahuan. Maka akhirnya mereka itu semuanya sesat dan pula menyesatkan. "


(Muttafaq 'alaih)

24 November 2009

Tanda Kebajikan dan Tanda Dosa

Daripada an-Nawwas bin Sam'an r.a.,


katanya,



saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal kebajikan dan dosa. Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Kebajikan itu ialah baiknya budi pekerti dan dosa itu ialah apa-apa yang engkau rasakan bimbang dalam dada ( yakni hati ) dan engkau tidak suka kalau hal itu diketahui oleh orang banyak."

(Riwayat Muslim)

Cara Rasulullah Melayani Anas

Daripada Anas r.a. pula, katanya:


"Saya tidak pernah memegang suatu sutera tebal atau pun sutera tipis yang rasanya lebih halus daripada tapak tangan Rasulullah s.a.w. Saya juga tidak pernah mencium satu bau-bauan pun yang lebih harum daripada bau Rasulullah s.a.w. Saya telah melayani Rasulullah s.a.w. selama sepuluh tahun, maka beliau tidak pernah sama sekali mengucapkan "cis" pada saya, juga tidak pernah bersabda: "Mengapa engkau lakukan itu," untuk sesuatu yang saya lakukan, atau bersabda: "Alangkah baiknya kalau engkau melakukan begini," untuk sesuatu yang tidak saya lakukan."


(Muttafaq 'alaih)

3 Golongan Yang Tidak Berbicara Dengan Allah

Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya:


"Ada tiga macam orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat dan tidak pula menganggap mereka sebagai orang bersih (dari dosa), juga tidak hendak melihat mereka itu dan bahkan mereka akan memperolehi siksa yang pedih sekali, iaitu orang tua yang berzina, raja (pemimpin negara) yang suka membohong dan orang miskin yang sombong."


(Riwayat Muslim)

Berpakaian Baik Bukan Beerti Sombong

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. dari Nabi s.a.w.,

sabdanya:

"Tidak dapat masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sifat kesombongannya seberat debu." Kemudian ada orang berkata: "Sesungguhnya seseorang itu ada yang senang jikalau pakaiannya itu baik dan terumpahnya pun baik." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Kesombongan itu ialah menolak kebenaran dan menghinakan orang banyak."

(Riwayat Muslim)

04 November 2009

Solat Malam

Daripada Abdullah bin Salam r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

"Hai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, bersolatlah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat."

Diriwayatkan oleh-lmam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan sahih.

02 November 2009

Tinggalkan Berbantah dan Berdusta

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Saya memberi jaminan sebuah rumah dalam halaman syurga bagi seseorang yang meninggalkan berbantah-bantah, sekalipun ia berada dalam kebenaran, juga sebuah rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan dusta, sekalipun dengan maksud bersenda gurau, demikian pula sebuah rumah di tanah tinggi syurga bagi seorang yang memperbaiki budi pekertinya."

Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.

Azza'im ertinya seorang yang memberikan jaminan. Makna aslinya ialah pemimpin.

31 Oktober 2009

Menyeru Ke Jalan Kebenaran


Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:



"Sesiapa yang mengajak kepada petunjuk (yakni kebenaran), maka baginya adalah pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya, tidak dikurangi sedikitpun dari pahala mereka itu."


(Riwayat Muslim)

29 Oktober 2009

Solat

Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., katanya: "Solat lima waktu dan solat dari Jumaat satu ke Jumaat berikutnya, dari Ramadhan ke Ramadhan, adalah sebagai penebus (yakni penebus dosa) antara waktu-waktu kesemuanya itu (yakni antara waktu yang satu dengan waktu yang berikutnya), selama dosa-dosa besar dijauhi."

(Riwayat Muslim)

27 Oktober 2009

mfirdaus7272 BLOG

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sukakah kamu semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dapat menaikkan beberapa darjat?"


Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah."


Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu menyempurnakan wudhu' sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi (seperti terlampau dingin dan sebagainya), banyak-nya melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan shalat. Itulah yang dapat disebut ribath, itulah yang disebut ribath"

(Riwayat Muslim)

*ribath - perjuangan menahan nafsu untuk memper-banyak ketaatan pada Tuhan.