29 Disember 2009

Al-Hadith : Hanya Ketika Sujud

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sedekat-dekat seorang hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyakkan doa."

(Riwayat Muslim)

14 Disember 2009

Al-Hadith : Mencegah Kemungkaran

Daripada Abu Said r.a. katanya, "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda :

Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman"

(Riwayat Muslim)

Al-Hadith : Dua Belas Rakaat Ke Syurga

Daripada Aisyah r.a., bahawasanya Rasulullah bersabda,

"Sesiapa yang sanggup menunaikan dua belas rakaat dalam sehari semalam akan masuk syurga,; empat rakaat sebelum Zuhur, dua rakaat selepasnya, dua rakaat selepas Magrib, dua rakaat selepas Isyak dan dua rakaat sebelum subuh."

(Riwayat An Nasai, Sahih)

13 Disember 2009

Al-Hadith : Wuduk Yang Sempurna

Daripada Uthman Bin Affan r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata,

"Sesiapa yang berwuduk dan mengelokkan wuduknya, keluarlah dosa-dosanya daripada anggotanya, sehingga keluar (dosa-dosa itu) dari bawah jari-jarinya. "

(Riwayat Muslim)

Al-Hadith : Kelebihan Menjawab Azan

Daripada Abdullah ibnu Umar r.a, bahawa seorang lelaki berkata kepada Rasululla:

"Sessunguhnya seorang muazim (tukang azan) memdapat fadhilat lebih daripada kami." Rasulullah bersabda, "Sebutlah seperti yang disebutkan oleh tukang azan. Setelah selesai, mintalah daripada Allah, pasti kamu akan diberi."

(Riwayat Abu Daud, sahih)

Al-Hadith : Menghadirkan Diri Ke Majlis Ilmu

Daripada Abu Umamah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Sesiapa yang pergi ke masjid hanya untuk mempelajari kebaikan atau mengajarnya, dia mendapat pahala ibarat orang yang membuat haji dengan sempurna."


(Riwayat Tabarani, hassan)

03 Disember 2009

Selawat

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya


"Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah engkau semua membuat kuburku itu sebagai hari raya (yakni untuk tempat berkumpul-kumpul guna bersenang-senang) . Bacalah salawat padaku karena sesungguhnya bacaan salawatmu semua itu dapat sampai padaku, di mana saja engkau semua berada."


(Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.)

Sekali Selawat, Sepuluh Kali Rahmat

Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w, bersabda:

"Barangsiapa yang membaca salawat kepadaku sekali salawat, maka Allah akan memberikan kerahmatan padanya sepuluh kali dengan sebab sekali salawat tadi."

(Riwayat Muslim)

Al-Hadith : Jangan Lupa Ini Ketika Makan dan Minum

Daripada Anas r.a., katanya:

"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah ridha kepada seseorang hamba yang makan sekali makanan lalu ia memuji kepada Allah atas makanan itu serta ia minum sekali minuman lalu memuji kepada Allah atas minuman itu."

(Riwayat Muslim)