31 Januari 2011

Al-Hadith : Sengaja Diamkan ..

Daripada Abu Tha'labah al-Khusyanie Jurthum ibn Nasyer r.a. daripada Rasulullah SAW telah bersabda:

Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa fardhu maka janganlah kamu sia-siakan, Dia telah menentukan beberapa hudud (batasan), maka janganlah kamu melampauinya, Dia telah mengharamkan segala sesuatu, maka janganlah kamu mencabulinya dan Dia diamkan segala sesuatu sebagai rahmat bagi kamu bukan kerana lupa, maka janganlah kamu cuba menyelidikinya.



(Riwayat Daruqutni dan lain-lain)

Al-Hadith : Dikasihi Allah, dikasihi manusia

Dari Abu Abbas, Sahl bin Saad As-Sa'idd r.a, berkata : " Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya :

' Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan orang ramai. ' Maka dijawab Nabi : ' Hendaklah zahid di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai. '

(Riwayat Ibnu Majah dan lain-lain dengan sanad yang baik)